Maklumat Pendidikan Pemulihan

1.0       Pengenalan Pendidikan Pemulihan
            Pelbagai pandangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli pendidikan Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan sehingga kini sebahagian besar daripada negara-negara yang mengamalkan pendidikan pemulihan mempunyai definisi dan dasar yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. Oleh sebab tidak adanya satu istilah yang sejagat dan sesuai bagi semua negara, satu cadangan pernah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar pihak UNESCO dengan kerjasama negara-negara yang berkenaan mengadakan satu istilah yang asas bagi kanak-kanak lambat yang berbagai-bagai kategori ini.
Kini pelbagai definisi yang berbeza tentang pendidikan pemulihan diberikan, walaupun liputan dan asas definisi-definisi itu memperlihatkan banyak persamaan antara satu dengan lain. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966) iaitu “pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang bersistem dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.”      http://chujuaik.blogspot.com/2012/12/konsep-dan-definisi-pendidikan-pemulihan.html
Definisi ini kurang sama dengan definisi yang diberikan oleh Alberwhite (1977) yang mengatakan pendidikan pemulihan ialah “suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi.” Beliau menegaskan bahawa “By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.” Berdasarkan Collins (1961), pendidikan pemulihan ialah “satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas.” Malah beliau menegaskan pendidikan ini ialah “satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira.” Ini juga disimpulkan oleh Collins sebagai: “Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number.”           http://pgsrkent08.edublogs.org/2011/07/09/definisi-pendidikan-pemulihan/comment-page-1/
Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan pendidikan pemulihan sebagai “satu program pendidikan khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.” Persatuan ini juga mengatakan pendidikan pemulihan sebagai “tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.”
Mengikut Brennan (1974), mengatakan bahawa pendidikan pemulihan ialah “pendidikan untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran.” Menurut beliau:
“Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is, learning failure which cannot be explained by any reference toinadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.”
Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai “the ambulance of educational system”. Oleh itu, pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan murid.                                      http://pgsrkent08.edublogs.org/2011/07/09/definisi-pendidikan-pemulihan/comment-page-1/
Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5I PKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pendidikan pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), di bawah keolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pendidikan pemulihan ialah:
“a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education.”
  Ini bermakna pendidikan pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Konklusinya, pendidikan pemulihan adalah sejenis pendidikan yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.


2.0       Konsep dan Definisi Program Pemulihan

2.1       Pengenalan
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Pendidikan Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
Program Pemulihan Khas telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an . Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum baru ini memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Hasil pencapaian murid pada tahap 1 (Darjah 1 -3) dapat menentukan sama ada murid mengalami masalah penguasaan 3M atau sebaliknya. Sekiranya ada, pihak sekolah perlu berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah yang tersebut.
Seterusnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 yang bertujuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan, juga memberi penekanan kepada pembasmian masalah 3M. Sehubungan itu beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Selaras dengan hasrat itu, KPM juga pada waktu yang sama telah menyuntik semangat baru kepada Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan bukan sahaja dari aspek prasarana, juga dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM)



2.2       Definisi
2.2.1    Program Pemulihan
Menurut KPM program pemulihan khas adalah satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor utamanya adalah persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang telah menerima kursus pemulihan khas di kelas /ruang yang khusus. Murid-muridnya adalah terdiri dari murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
2.2.2    Guru Pemulihan
Individu-individu yang terlatih di institut yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan. Misalnya, universiti, institut perguruan dan institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M.

2.2.3    Murid Pemulihan Khas

2.3       Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

2.4       Objektif
Setelah mengikuti program pemulihan khas ini murid dapat:
a) Menguasai kemahiran asas 3M.
b) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c) Membina sikap keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

2.5       Pencalonan Murid Ke Program Pemulihan Khas
a) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
·         Guru mata pelajaran / guru kelas
·         Guru besar
·         Ibu bapa/ penjaga
b) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam pelajaran Bahasa  
    Melayu atau Matematik.
c) Murid-murid boleh dicalonkan :
·         Untuk Tahun 1            : setelah tidak melepasi Saringan LINUS
·         Untuk Tahun 2 dan 3  : selepas meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran asas pada tahun sebelumnya. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.


3.0       Keperluan Pelaksanaan Program Pemulihan di sekolah-sekolah rendah di Malaysia
  Mengapa perlu melaksanakan Pendidikan Pemulihan di sekolah-sekolah rendah?
Apabila seseorang murid gagal mencapai kemajuan pada tahap yang ditentukan sebagaimana murid-murid yang lain dalam kelasnya, maka ia perlu diberi bimbingan secara individu. Punca masalahnya berbagai-bagai, termasuklah minat, latar belakang sosial dan kelakuan. Walaubagaimanapun, ini dianggapkan bahawa kegagalan akademik murid ini berpunca daripada ketidakbolehan mengusai kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis  dan mengira.  Murid ini dikatakan memerlukan pemulihan.
Pendidikan pemulihan merupakan satu proses pengajaran pembelajaran yang memberi keutamaan kepada masalah murid dan langkah-langkah yang wajar seharusnya diambil untuk mengenal pasti dan memulihkannya.
Program pemulihan juga akan memberi perhatian kepada sikap murid-murid yang negatif dan tingkah laku yang kurang baik yang akan menjejaskan pembelajaran dan pembentukan sikap yang baik.
Dalam konteks KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M. Mereka ini diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan dikenalpasti.
Murid yang menghadapi  masalah pembelajaran dan memerlukan pemulihan ialah mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid ini boleh didapati di semua peringkat persekolahan, sama ada di bandar atau di luar bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini jika tidak terlalu berat, pengajaran pemulihan boleh dijalankan oleh guru kelas biasa sendiri. Masalah pembelajaran yang teruk atau berat dan kompleks pula memerlukan guru pemulihan khas di dalam kelas khas terutamanya bagi kemahiran asas 3M.
Apabila kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep telah dipulihkan, murid-murid ini boleh mengikuti mata pelajaran yang lain seperti Muzik, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Seni dan sebagainya bersama-sama rakan mereka di kelas biasa. Murid yang mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa akan diubahsuaikan penempatan mereka dalam kumpulan yang tertentu mengikut perkembangan mereka dari semasa ke semasa.





4.0       Kaedah Pelaksanaan Program  Pemulihan Khas
Pendidikan  pemulihan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Tiada satu pun cara yang tetap dapat dijadikan turutan muktamad.  Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerbitkan buku panduan pengajaran pemulihan.  Guru boleh merujuk kepada buku ini untuk mendapat penjelasan sekiranya ada masalah yang timbul semasa melaksanakan program pemulihan.
Dalam sistem pendidikan pemulihan di Malaysia, langkah-langkah pengajaran pemulihan yang lazim dijalankan adalah seperti berikut:

4.1       PENCALONAN MURID
Pencalonan adalah peringkat paling awal dan paling penting dalam proses pengajaran pemulihan. Guru mengajar sesebuah kelas haruslah peka tentang kewujudan pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan pemulihan berdasarkan ciri-ciri pelajar lembam, lambat atau bermaslah menguasai kemahiran 3 M.
Andainya pendidikan pemulihan diberikan oleh guru kelas sendiri, pencalonan menjadi lebih mudah kerana guru kelas dapat menentukan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
Namun jika sekolah mempunyai guru pemulihan yang khas, guru pemulihan tersebut hendaklah mendapatkan maklumat dan sokongan daripada guru kelas, guru matapelajaran atau guru besar serta ibu bapa murid berkenaan.  Proses pengumpulan maklumat menjadi lebih mudah dan cepat jika pihak sekolah mempunyai rekod pencapaian murid-murid dengan lengkap dan kemaskini.

Mengikut kebiasaan, pencalonan murid untuk kemasukan ke kelas pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar ibu bapa atau penjaga. Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian  mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik. 

Kesimpulannya, pengambilan murid haruslah dilakukan secepat mungkin supaya tidak berlaku tindanan masalah pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, ia bersesuaian dengan konsep intervensi awal (early intervention), masalah pembelajaran lebih mudah diatasi sekiranya dapat dirawat pada peringkat awal lagi.

Walaubagaimanapun penerimaan murid ini ke kelas pemulihan adalah bergantung kepada guru pemulihan yang mengajar di sekolah itu. Guru pemulihan haruslah menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada pencalonan itu munasabah atau tidak berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Keputusan guru pemulihan bagi menentukan murid yang dicalonkan itu patut diterima atau tidak adalah muktamad.

            4.2       PENGUMPULAN MAKLUMAT
Setelah guru pemulihan menerima calon-calon tidak semestinya semua murid itu disaring melalui ujian saringan yang formal. Penapisan boleh dilakukan melalui penelitian maklumat yang boleh diperolehi dari kad-kad peribadi murid, kad kemajuan pelajaran, atau melalui perbincangan dengan guru kelas, guru besar, ibu bapa atau penjaga dan melalui pemerhatian oleh guru pemulihan itu sendiri.
Maklumat tentang butir-butir latar belakang taraf pendidikan ibu bapa serta keadaan fizikal murid, adalah amat penting jika masalah-masalah pembelajarannya hendak diatasi. Maklumat ini boleh menolong guru pemulihan memahami corak kesukaran yang dialami oleh murid itu serta membantunya dalam pemulihan.




4.3       UJIAN SARINGAN
Ujian saringan dijalankan selepas guru pemulihan mendapat calon-calon yang telah dicalonkan kepada mereka. Ujian saringan akan ditadbirkan oleh guru pemulihan dan ujian ini akan menentukan sama ada murid akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Namun begitu, bilangan murid yang akan diterima masuk untuk mengikuti program bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
               Skor yang rendah
               Jumlah murid yang dapat diselanggarakan oleh guru pemulihan
               Jenis atau peringkat masalah yang dihadapi oleh murid


               Ruang yang ada untuk kelas pemulihan.




Kesimpulannya, ujian saringan dapat memberi penguji satu contoh perlakuan akademik untuk dianalisis dan dinilai bagi tujuan rancangan pendidikan. Ujian saringan ini digunakan untuk menyaring jumlah murid yang akan mengikuti kelas ataupun program pendidikan pemulihan.  


            4.4       UJIAN  DIAGNOSTIK

Setelah melalui ujian saringan, murid yang dipilih masuk ke program pemulihan khas akan melalui satu ujian lagi iaitu ujian diagnostik. Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam program pendidikan pemulihan khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid yang diuji.
Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dihadapi ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Keputusan analisis ujian  akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan daerah-daerah kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
Analisis kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian  seeloknya dijalankan secara perseorangan atau secara kumpuln kecil tidak melebihi 4 orang.
Ujian yang dijalankan ialah :
§  Ujian  Bahasa Melayu
§  Ujian  Matematik
§  Ujian  pengamatan jika perlu.
Setelah ujian  dilaksanakan, ujian ini hendaklah disemak dengan teliti.  Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan  direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat. Analisis keputusan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan atau mengenal pasti kawasan kelemahan yang menjadi penghalang kepada pembelajaran murid. Ini semua perlu  direkodkan supaya maklumat-maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk merancang objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap murid yang berkenaan,
Ada dua perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang guru  pemulihan khas sebelum ia merancang pengajaran dan  pembelajaran iaitu:-
a) apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran  dimulakan;
b) apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.




4.6       PENILAIAN    
            Penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Terdapat 2 jenis ujian yang boleh dijalankan iaitu ujian formatif dan sumatif. Ujian formatif dijalankan selepas satu kemahiran sementara Ujian Sumatif pula dijalankan selepas beberapa kemahiran telah diajar. Bagi tujuan saringan dan pelepasan,  instrumen-instrumen berikut  boleh dicadangkan:
a) Instrumen Penentu Penguasaan Membaca &  Menulis (IPP2M).
                      i.        IPP2M merupakan Instrumen piawai yang  bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan  kemahiran asas 2M.
                     ii.        Ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan  kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid  yang mengikuti program pemulihan khas.
                    iii.        Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh  membuat keputusan sama ada murid ini perlu  meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti  pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti  pembelajaran di kelas biasa.
b) Indicator for Mastery in Arithmatic
                      i.        Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji  tahap penguasaan kemahiran asas mengira.
                     ii.        Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas mengira murid yang mengikuti  program pemulihan khas.
4.7       TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke kelas biasa dan program pemulihan terhadapnya ditamatkan. Walaupun demikian, guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti  pembelajaran di kelas biasa.
Keberkesanan tindakan susulan dapat dicapai melalui beberapa tindakan, antaranya ialah :
a.    Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru kelas.
b.    Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru kelas, guru mata  pelajaran dan guru pemulihan khas.
c.    Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.





5.0       Masalah dan Ciri-ciri Murid Pemulihan

            5.1       Masalah Murid Pemulihan
Peta Minda: Masalah-masalah Murid Pemulihan
Murid-murid pemulihan memerlukan pengajaran yang berbeza banding dengan orang lain kerana mereka tidak dapat memperolehi ilmu pengetahuan dari kelas biasa kerana mereka kurang memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, usaha untuk membantu pmurid yang lemah ini adalah mengadakan kelas pemulihan di sekolah. Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ialah masalah penguasaan kemahiran mengira, masalah dalam ejaan, masalah dalam bacaan dan masalah dalam tulisan.
5.1.1    Masalah Penguasaan Kemahiran Mengira           
- Masalah penguasaan nombor
-Tidak boleh mengenal bentuk nombor yang seakan –akan sama seperti 6-9,1-7,2-3
- Tidak boleh menulis dengan tepat.
- Tidak boleh menulis mengikut turutan,seperti murid tidak tahu yang mana lebih besar ,6 atau 7.
- Tidak tahu nilai tempat nombor seperti
- Masalah operasi tambah dan tolak
- Tidak boleh menyusun ayat matematik dalam bentuk ayat lazim.
- Tidak boleh menyelesaikan soalan yang mengumpul semula.
- Masalah penguasaan operasi darab
- Tidak boleh menghafaz sifir darab dengan tepat
- Tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit
- Masalah operasi bahagi.


5.1.2    Masalah Dalam Ejaan
LEMAH DALAM INGATAN PENGLIHATAN.Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

LEMAH DARI SEGI ANALISIS PENDENGARAN.- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

5.1.3    Masalah Dalam Bacaan
BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

PERINGKAT SUKU KATA- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

KESUKARAN DALAM PENGAMATAN- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.

KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

5.1.4    Masalah Tulisan
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.



5.2       Ciri-ciri Murid Pemulihan
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas



No comments :

Post a Comment