Wednesday 16 April 2014

6.0       Perkembangan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
            Dasarwarsa ini, kebanyakan sekolah rendah di Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Pemulihan tidak kira di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) demi membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan perkembangan pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan di SJK (C). Untuk mengkaji secara mendalam, kami telah memilih Kelas Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Machap Umboo dan kajian ini dijalankan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
            Kelas Pemulihan ini telah ditubuh sudah beberapa tahun dan tarikh penubuhan tidak dapat diketahui kerana guru pemulihan di sekolah mengatakan bahawa kelas pemulihan sudah diadakan sejak beliau mengajar di sekolah. Pengalaman guru pemulihan tersebut adalah selama dua tahun dan beliau hanya mengajarkan pendidikan pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja. Mata pelajaran yang lain belum tersenarai dalam program pemulihan dan masih dalam pengurus sekolah. Oleh itu, subjek tersebut akan diajar oleh guru mata pelajaran masing-masing. Pada permulaannya, SJK (C) hanya pemulihan bahasa Melayu sahaja. Murid-nurid akan mnghadiri kelas pemulihan pada waktu mata pelajaran bahasa Melayu. Apabila loceng berbunyi pada waktu bahasa Melayu, murid-murid akan beratur ke kelas pemulihan dalam barisan. Pendidikan pemulihan di sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap satu adalah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3 manakala tahap dua adalah untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Di SJK (C) Machap Umboo hanya terdapat pemulihan bahasa Melayu tahap satu sahaja. Guru pemulihan tidak mengkaji kursus pendidikan pemulihan sebelum ini. Beliau baru mengambil kursus pendidikan pemulihani dan beliau akan menghadiri kursus pada bulan April 2014 baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pendidikan pemulihan tetapi beliau cuba berfikir secara kreatif dan kritis untuk menciptakan bahan bantu mengajar supaya murid-muridnya dapat meningkatkan penguasaan dalam bahasa Melayu. Gambar yang ditunjukkan di sebelah adalah bahan bantu mengajar yang dicipta oleh guru pemulihan untuk murid-murid pemulihan.Selain daripada ini, pihak sekolah dan guru pemulihan juga menyediakan bahan bantu mengajar yang lain untuk menjalankan waktu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat menarik perhatian murid dan menggalakkan mereka untuk belajar dengan cara permainan dan lain-lain. Guru pemulihan juga mengatakan sebelum memberi peluang kepada pelajar untuk bermain bahan bantu mengajar, beliau akan menyediakan permainan seperti membaligkan bola ke dalam bakul atau menjawab soalan yang ditanya, barulah murid-murid boleh bermain bahan-bantu mengajar tersebut. Aktiviti dapat menambahkan daya peringatan murid-murid kerana mereka akan mengimbas kembali apa yang telah diajar oleh guru untuk menjawabkan soalan dan berpeluang untuk bermain bahan bantu mengajar tersebut.

            Kawasan kelas juga berkembang luas berbanding dengan beberapa tahun lepas. Kawasan kelas pemulihan dihiaskan dengan alat-alat pembelajaran dan kata-kata hikmat untuk membantu dan menggalakkan pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Gambar di sebelah menunjukkan perhiasan kelas pemulihan. Terdapat huruf adjaib disediakan di atas dinding dan senarai sebutan harian di papan kenyataan. Dengan ini, pelajar dapat mendapatkan ilmu pengetahuan dengan bantuan hiasan di dalam kelas.
            Selain itu, demi melancarkan dan mengembangkan program pemulihan, pihak sekolah telah mengadakan kuiz LINUS untuk murid-murid. Sesiapa yang gagal dalam kuiz tersebut akan dihantar ke kelas pemulihan. Kelas pemulihan ini disebut sebagai kelas pemulihan LINUS. Ia berbeza dengan kelas pemulihan bahasa Melayu kerana ia mementingkan konsep mengira, membaca dan menulis. Murid yang gagal dalam kuiz LINUS adalah murid yang tidak mahir dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, kelas pemulihan LINUS akan mendidik mereka sehingga mereka menguasai konsep 3M. Sebaliknya, kelas pemulihan bahasa Melayu hanya mendidik pelajar tentang bahasa Melayu berdasarkan sukatan pembelajaran tetapi pengajaran mereka akan lambat berbanding dengan kelas biasa.
            Tambahan pula, kelas pemulihan juga disediakan alat-alat teknologi seperti LCD dan komputer. Murid-murid berpeluang untuk menjalankan waktu pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kemudahan yang disediakan. Walaupun komputer tersebut sudah lama tetapi jika berbanding dengan zaman dulu, perlaksanaan program pemulihan di SJK (C) telah berkembang dan menaik taraf kemudahannya supaya murid boleh menerima ilmu pengetahuan berasaskan zaman teknologi.

            Pelbagai jenis sumber bacaan disediakan untuk murid-murid untuk memupuk sikap suka membaca dan menggalakkan mereka untuk membaca. Papan kenyataan di dalam kelas pemulihan juga dihias dengan maklumat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tambahan pula, untuk memajukan pemulihan LINUS, pihak sekolah dan guru pemulihan juga menyediakan satu sudut untuk mempamerkan bahan-bahan tentang pemulihan LINUS.
            Berdasarkan kemudahan dan rancangan dari pihak sekolah, perkembang perlaksanaan program di SJK (C) Machap Umboo telah bertambah baik berbanding dengan zaman dahulu. SJKC yang lain juga dapat memperkembangkan pendidikan pemulihan dengan kerjasama pihak sekolah dengan guru-guru dan pihak PIBG supaya dapat menjayakan dan mengembangkan program pemulihan di SJKC pada masa depan.

No comments :

Post a Comment