Wednesday 16 April 2014

4.0 Kaedah Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

4.0       Kaedah Pelaksanaan Program  Pemulihan Khas
Pendidikan  pemulihan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Tiada satu pun cara yang tetap dapat dijadikan turutan muktamad.  Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia ada menerbitkan buku panduan pengajaran pemulihan.  Guru boleh merujuk kepada buku ini untuk mendapat penjelasan sekiranya ada masalah yang timbul semasa melaksanakan program pemulihan.
Dalam sistem pendidikan pemulihan di Malaysia, langkah-langkah pengajaran pemulihan yang lazim dijalankan adalah seperti berikut:

4.1       PENCALONAN MURID
Pencalonan adalah peringkat paling awal dan paling penting dalam proses pengajaran pemulihan. Guru mengajar sesebuah kelas haruslah peka tentang kewujudan pelajar-pelajar yang memerlukan pendidikan pemulihan berdasarkan ciri-ciri pelajar lembam, lambat atau bermaslah menguasai kemahiran 3 M.
Andainya pendidikan pemulihan diberikan oleh guru kelas sendiri, pencalonan menjadi lebih mudah kerana guru kelas dapat menentukan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
Namun jika sekolah mempunyai guru pemulihan yang khas, guru pemulihan tersebut hendaklah mendapatkan maklumat dan sokongan daripada guru kelas, guru matapelajaran atau guru besar serta ibu bapa murid berkenaan.  Proses pengumpulan maklumat menjadi lebih mudah dan cepat jika pihak sekolah mempunyai rekod pencapaian murid-murid dengan lengkap dan kemaskini.

Mengikut kebiasaan, pencalonan murid untuk kemasukan ke kelas pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar ibu bapa atau penjaga. Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian  mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik. 
Kesimpulannya, pengambilan murid haruslah dilakukan secepat mungkin supaya tidak berlaku tindanan masalah pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, ia bersesuaian dengan konsep intervensi awal (early intervention), masalah pembelajaran lebih mudah diatasi sekiranya dapat dirawat pada peringkat awal lagi.

Walaubagaimanapun penerimaan murid ini ke kelas pemulihan adalah bergantung kepada guru pemulihan yang mengajar di sekolah itu. Guru pemulihan haruslah menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada pencalonan itu munasabah atau tidak berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Keputusan guru pemulihan bagi menentukan murid yang dicalonkan itu patut diterima atau tidak adalah muktamad.

            4.2       PENGUMPULAN MAKLUMAT
Setelah guru pemulihan menerima calon-calon tidak semestinya semua murid itu disaring melalui ujian saringan yang formal. Penapisan boleh dilakukan melalui penelitian maklumat yang boleh diperolehi dari kad-kad peribadi murid, kad kemajuan pelajaran, atau melalui perbincangan dengan guru kelas, guru besar, ibu bapa atau penjaga dan melalui pemerhatian oleh guru pemulihan itu sendiri.
Maklumat tentang butir-butir latar belakang taraf pendidikan ibu bapa serta keadaan fizikal murid, adalah amat penting jika masalah-masalah pembelajarannya hendak diatasi. Maklumat ini boleh menolong guru pemulihan memahami corak kesukaran yang dialami oleh murid itu serta membantunya dalam pemulihan.




4.3       UJIAN SARINGAN
Ujian saringan dijalankan selepas guru pemulihan mendapat calon-calon yang telah dicalonkan kepada mereka. Ujian saringan akan ditadbirkan oleh guru pemulihan dan ujian ini akan menentukan sama ada murid akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Namun begitu, bilangan murid yang akan diterima masuk untuk mengikuti program bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
               Skor yang rendah
               Jumlah murid yang dapat diselanggarakan oleh guru pemulihan
               Jenis atau peringkat masalah yang dihadapi oleh muri

               Ruang yang ada untuk kelas pemulihan.




Kesimpulannya, ujian saringan dapat memberi penguji satu contoh perlakuan akademik untuk dianalisis dan dinilai bagi tujuan rancangan pendidikan. Ujian saringan ini digunakan untuk menyaring jumlah murid yang akan mengikuti kelas ataupun program pendidikan pemulihan.  


            4.4       UJIAN  DIAGNOSTIK

Setelah melalui ujian saringan, murid yang dipilih masuk ke program pemulihan khas akan melalui satu ujian lagi iaitu ujian diagnostik. Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam program pendidikan pemulihan khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid yang diuji.
Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dihadapi ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Keputusan analisis ujian  akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan daerah-daerah kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
Analisis kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian  seeloknya dijalankan secara perseorangan atau secara kumpuln kecil tidak melebihi 4 orang.
Ujian yang dijalankan ialah :
§  Ujian  Bahasa Melayu
§  Ujian  Matematik
§  Ujian  pengamatan jika perlu.
Setelah ujian  dilaksanakan, ujian ini hendaklah disemak dengan teliti.  Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan  direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat. Analisis keputusan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan atau mengenal pasti kawasan kelemahan yang menjadi penghalang kepada pembelajaran murid. Ini semua perlu  direkodkan supaya maklumat-maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk merancang objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap murid yang berkenaan,
Ada dua perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang guru  pemulihan khas sebelum ia merancang pengajaran dan  pembelajaran iaitu:-
a) apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran  dimulakan;
b) apa yang perlu diketahui oleh murid selepas guru mengajar.




4.6       PENILAIAN    
            Penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Terdapat 2 jenis ujian yang boleh dijalankan iaitu ujian formatif dan sumatif. Ujian formatif dijalankan selepas satu kemahiran sementara Ujian Sumatif pula dijalankan selepas beberapa kemahiran telah diajar. Bagi tujuan saringan dan pelepasan,  instrumen-instrumen berikut  boleh dicadangkan:
a) Instrumen Penentu Penguasaan Membaca &  Menulis (IPP2M).
                      i.        IPP2M merupakan Instrumen piawai yang  bersesuaian untuk menguji tahap penguasaan  kemahiran asas 2M.
                     ii.        Ia digunakan untuk menentukan tahap penguasaan  kemahiran asas membaca dan menulis (2M) murid  yang mengikuti program pemulihan khas.
                    iii.        Berdasarkan rumusan yang dibuat, guru boleh  membuat keputusan sama ada murid ini perlu  meneruskan program pemulihan khas atau mengikuti  pemulihan dalam bilik darjah atau mengikuti  pembelajaran di kelas biasa.
b) Indicator for Mastery in Arithmatic
                      i.        Instrumen piawai yang bersesuaian untuk menguji  tahap penguasaan kemahiran asas mengira.
                     ii.        Digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran asas mengira murid yang mengikuti  program pemulihan khas.
4.7       TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke kelas biasa dan program pemulihan terhadapnya ditamatkan. Walaupun demikian, guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti  pembelajaran di kelas biasa.
Keberkesanan tindakan susulan dapat dicapai melalui beberapa tindakan, antaranya ialah :
a.    Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru kelas.
b.    Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru kelas, guru mata  pelajaran dan guru pemulihan khas.
c.    Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.







No comments :

Post a Comment